...ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT DATANG KE BLOG http://dewanpemudamasjid.blogspot.com. SEMOGA ANDA SEMUA TERHIBUR DENGAN PAPARAN DI DALAM BLOG INI. WASSALAM...

Tuesday, October 21, 2008

Merealisasikan fungsi Masjid ke arah Intitusi Keagungan Islam

Untuk melaksanakan konsep masjid sebagai sebuah "Institusi Masjid", maka kita haruslah mempunyai pandangan yang jauh ke hadapan dan menjadikan masjid sebagai Pusat Pembangunan Islam yang merangkumi semua kegiatan yang boleh diterjemahkan sebagai ibadah .Institusi Masjid haruslah mempunya peranan utama , antaranya:

1. PUSAT PEMBANGUNAN ISLAM

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai sebuah pusat perkembangan dan pembangunan Islam, di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.

2. MASJID SEBAGAI LAMBANG KEAGONGAN ISLAM

Sebagai lambang kesyumulan Islam, makan setiap projek bandar baru, kawasan perumahan, perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama, maka kawasan itu haruslah mempunyai masjid untuk menarik lebih ramai orang Islam bertumpu ke tempat itu.

3. PUSAT PERCAMBAHAN ILMU

Institusi Masjid haruslah dijadikan tempat percambahan ilmu, dimana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap bukan sahaja membekalkan buku-buku agama , tetapi juga buku yang berkaitan dengan ibadah dan muamalah.Begitu juga buku mengenai ilmu sosial, ekonomi, politik dan sebagainya haruslah diletakkan di dalam perpustakaan masjid.Buku-buku ini boleh didapati secara mudah dan murah sekiranya pemimpin masjid itu sanggup meminta dari badan-badan tertentu seperti Dewan bahasa dan pustaka, syarikat percetakan dan sebagainya.Selain dari itu, Jawatankuasa Kariah juga boleh memohon derma dalam bentuk buku daripada penduduk mukim atau daerah berkenaan.

4. PUSAT TAMADUN ISLAM

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam, maka roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongan Islam boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi terkemudian.masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan, kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian Ilmu Perubatan, sains, Astronomi, matematik, falsafah dan sebagainya.Justeru itu haruslah dipamerkan gambar-gambar dan sejarah hidup Ibnu Sina, Al-jabir, Imam Ghazali dan sebagainya.


5. PUSAT PERCAMBAHAN FIKIRAN

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog, ceramah, seminar dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil bolehlah ditubuhkan untuk menggunakan masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan pemikiran dan menajam akal.

6. RUMAH SUCI

Institusi Masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid, tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.

7. PUSAT PENJAGAAN AYAT-AYAT SUCI

Institusi Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga bacaan ayat-ayat suci. Rakan Masjid sepatutnya didedahkan kepada peluang untuk menjadi Imam yang boleh memperdengarkan suara mereka. Kalaulah Imam dapat berundur dalam sehari untuk memberi laluan kepada mereka yang berbakat untuk menjadi Imam, kemudian Imam boleh menegur mereka yang membuat kesilapan dalam membaca terutama dalam Tajwid. Amatlah bertepatan dengan konsep Institusi Masjid sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.

8. PUSAT BELAJAR AL-QURAN DAN TAFSIRNYA (ULUM AL-QURAN)

Kebanyakan masjid telah digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran. Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika kita menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran kepada anak-anak, tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya sendiri membaca ayat-ayat suci.

9. PUSAT PENDIDIKAN

Institusi masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.

10. PUSAT PENGISIAN JIWA

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam ertikata yang luas:Pusat Pengisian Kemerdekaan, Pusat Pengisian Rohani, Pusat Pengisian Ilmu dan sebagainya.

11. PUSAT PENGUKUHAN IMAN DAN TAQWA

Institusi Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan taqwa serta pusat pengukuhan rohani.

12. PUSAT PELENGKAP

Tiap-tiap orang kanak-kanak adalah didedahkan kepada pendidikan di rumah dan kemudiannya di sekolah.Institusi Masjid bolehlaH dijadikan pusat pelengkap adab, sopan-santun dan sebagainya.Dengan kata lain,Institusi Masjid bolehlah dijadikan "finishing school".

13. PUSAT SANTAPAN ROHANI

Institusi Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk mukim dan daerah, sekurang-kurangnya buat permulaan.Masjid daerah haruslah d reka dapat menghayati kesucian Islam.

14. PUSAT EKONOMI

Masjid haruslah terletak di dalam satu kawasan yang luas, di mana di sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan sosial.Kedai adalah merupakan aktiviti ekonomi yang digalakkan oleh Islam.Oleh itu, masjid haruslah mempunyai kedai atau bazar yang menjual beraneka keperluan masyarakat.Selain dari itu, kedai cenderamata yang menjual artifak yang ada hubungannya dengan mukim.

15. PUSAT PENGGEDARAN PRODUK DAERAH

Kerajaan Negeri Kedah telah telah memperkenalkan setiap daerah hendaklah mengeluarkan satu produk.Institusi masjid haruslah dijadikan salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan dalam daerah tersebut sebagai satu ibadat.Dengan cara itu, rezeki penduduk akan bertambah.Insya-Allah.

16. MASJID SEBAGAI TAMAN

Masjid haruslah mempunyai kawasan lapang di sekeliling dan dipenihi dengan kawasn hijau untuk membolehkan para jemaah mendapat udara yang bersih sebelum atau selepas sembahyang.Konsep itu belum nampak dilakukan di Kedah mungkin kerana ketiadaan tanah atau kebanyakan masjid terletak di kawasan sempit.Tetapi sekiranya masjid baru hendak dibina , maka kawasan tempat masjid itu dibina hendak dibina hendaklah mempunyai pandangan yang cukup cantik dan dihiasi pula dengan taman yang indah.

Kelahiran DPMM sebagai "Penggerak Masjid"

Masjid adalah 'nadi' masyarakat Islam atau 'nerve centre'. Masjid-masjid dalam sejarah dan tradisi Islam telah wujud sebagai menifestasi Tauhid dan pusat kelahiran 'Suffa' (para abid dan ilmuan Islam). Adalah amat penting masjid terus berfungsi sebagai institusi yang memandu dan mengawal ummah kehidupan manusiawi.Dewan Pemuda Masjid Malaysia (Pemuda Masjid) yang diwujudkan pada 20hb Ogos 2004 sebagai sebuah NGO telah menggariskan objektif-objektif khusus ke arah pengukuhan institusi masjid dan penglibatan masyarakat yang lebih padu dengan masjid.